Selamat Datang ke Blog NurAriyana.

Monday, 15 September 2014

Kembali kepada Allah S.W.T


Resah.
Semua orang ada keresahan masing-masing. Semua manusia tak sempurna. Semua manusia pasti melakukan silap. Dan langkah terbaik, kembali kepada Allah S.W.T. Dia sebaik-baik Penerima tatkala diri dipinggirkan dunia. Dia sebaik-baik Pendengar tatkala kita perlukan tempat mengadu. Dia sebaik-baik Pengampun tatkala kita sedar akan dosa-dosa kita. Besar atau kecil silap kita,  percayalah, Allah Maha Pengampun. Insya-Allah.



Sabda Nabi S.A.W :

"Dosa ialah apa yang menimbulkan RESAH  di hati kamu
dan kamu benci jika ia dilihat orang” - hadith sahih muslim

Untuk sebuah penghijrahan, itu bukan perkara mudah. Yang aku tahu, bila seseorang tu mahu berhijrah, waktu itulah Allah akan turunkan bermacam ujian dan dugaan. Waktu itu, janganlah putus asa, teruskan sujud kepada-Nya. Kerana Allah mahu mendengar rintihan hamba-Nya. Ingat lagi, seorang ustazah di sekolah dulu, pernah cakap, nak buat kejahatan, memang mudah. Tapi, untuk bertaubat, perlukan kesabaran. 

Bila hati resah dan gelisah, itu adalah isyarat! Bermakna, hati kita masih hidup. Bila kita melakukan kemaksiatan, hati terus menjadi tidak tenang. Mujur rasa itu masih ada. Alhamdulillah. Hati kita belum mati. Alhamdulillah. Bila hati sudah mati, kita sudah hilang salah satu daripada nikmat Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah : 
Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi.. Sahabat bertanya : Apakah pengilapnya ya Rasulullah..? Membaca Al-quran dan mengingati mati.


Bersyukurlah kerana masih lagi ada orang yang mahu menasihati kita. Mereka menasihati kita kerana mereka juga takutkan azab Allah. Semoga Allah bukakan jalan yang baik untuk kita. Semoga diperkenankan.

Amin.

coretanku,


No comments:

Post a Comment

Hak Milik nurariyana.blogspot.com
Candy Crush Saga -  Color Bomb